FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN

Universiti Malaysia Terengganu

Hebahan Kejayaan Pelajar Program Nanofizik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa dua orang pelajar Tahun 4 Program Nanofizik, Nur Jannati dan Muhammad Zulhasnan telah memenangi ‘MASS Undergraduate Thesis Award 2024’. Manakala seorang pelajar PhD, Malia Athirah pula berjaya merangkul ‘MASS Micrograph Award 2024’. Majlis penganugerahan ini dibuat pada majlis makan malam sempena persidangan tahunan MASS (Malaysia Solid State Science & Technology Society) iaitu salah satu agenda dalam 32nd Regional Conference of Solid State Science and Technology (RCSSST) yang diadakan di Hotel Grand Continental pada 17 – 18 Sept 2024.