FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN

Universiti Malaysia Terengganu

Dean’s Message

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera

Kepada pelajar-pelajar baru,
Pertamanya, di kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepada mahasiswa dan mahasiswi kerana menjadi insan yang terpilih untuk melanjutkan  pengajian ke peringkat universiti, khususnya ke Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu. Terima kasih juga diucapkan kepada anda kerana telah memilih FSSM sebagai tempat  pilihan untuk menimba ilmu. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk meneruskan kecemerlangan di UMT.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya Fakulti Sains dan Sekitaran Marin dapat  menerbitkan Buku Panduan Prasiswazah Sesi Kemasukan 2021/2022. Buku Panduan Prasiswazah ini diterbitkan untuk dijadikan bahan rujukan mahasiswa dan mahasiswi FSSM sekaligus dapat mengenali fakulti dengan lebih jelas. Buku Panduan ini mengandungi maklumat mengenai fakulti dan program- program yang ditawarkan di FSSM. Semoga buku panduan ini memberikan informasi yang berguna kepada anda semua sepanjang tempoh pengajian di sini.
Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku panduan ini. Akhir kata semoga anda semua tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki ini dan belajarlah bersungguh-sungguh hingga mencapai cita-cita.

Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya

“Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat”