FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN

Universiti Malaysia Terengganu

Sejarah FSSM

Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2019 hasil daripada penggabungan dua Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran dan Pusat Pengajian Sains Asas. Penubuhan fakulti ini adalah menerusi himpunan ahli-ahli akademik dalam bidang sains marin, sains kimia dan sains biologi di pelbagai peringkat di bawah satu organisasi yang memiliki kekuatan dan potensi untuk memacu perkembangan dan kecemerlangan ilmu dalam bidang berkenaan.
Pembentukan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin ini juga bermatlamat untuk membangunkan dan menawarkan program pengajian tempatan dan antarabangsa terpilih yang berfokus dan berkualiti di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan berdasarkan bidang tujahan UMT.
Penubuhan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin ini turut akan menyokong dan mengukuhkan kedudukan UMT dalam bidang tujahan sains kelautan dan akuatik baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.