Collaborative Online International Learning (COIL)
UMT x University of Cadiz, Spain
Tahniah diucapkan kepada 2 orang pensyarah Program Kimia Analisis dan Persekitaran iaitu PM Dr Hafiza Mohamed Zuki dan Dr Maisarah Jaafar atas kejayaan projek Collaborative Online International Learning (COIL).
Projek yang pertama kali diperkenalkan bersama University of Cadiz, Spain ini meliputi program pemindahan ilmu peringkat antarabangsa dalam bidang kimia spektroskopi dan aplikasi kepada sumber makanan dan alam sekitar.
Seramai 51 orang pelajar Tahun 2 KAP bagi kursus AEC3423 (Teknik Spektroskopi dalam Kimia Analisis) berpeluang bekerjasama dengan 38 orang pelajar bidang Kimia daripada UCA bagi menyelesaikan kajian penyelidikan berkaitan teknik analisis spektroskopi dan melakukan pembentangan mereka pada sesi seterusnya.
Tahniah diucapkan!