PENGENALAN
Program ini menerokai kehidupan marin dan paya bakau serta
ekosistemnya, menjelajahi organisma dari plankton yang
mikroskopik hingga ke ikan paus. Biologi marin memberikan
hala tuju tentang adaptasi, interaksi, dan habitat pelbagai spesies
dalam ekosistem laut. Pelajar akan memahami konsep-konsep
ekologi, mengkaji kepelbagaian biodiversiti marin, dan memahami
cabaran alam sekitar terutamnya di lautan tropika. Terokai strategi
pemuliharaan dan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar
marin melalui kemahiran praktikal melalui kerja lapangan dan
analisis makmal. Keseluruhannya, program biologi marin akan
melengkapkan pelajar dengan pemahaman mendalam tentang
kehidupan lautan, keseimbangan ekologi, dan pengetahuan
untuk menyumbang kepada perlindungan sumber marin kita.
KURSUS YANG DITAWARKAN
Kehidupan dan Lautan
• Biologi Vetebrata & Invertebrata Marin
• Biologi dan Ekologi Terumbu Karang
• Pengenalan kepada Bioteknologi Marin
• Kerja Lapangan Biologi Marin
• Ekologi Muara dan Bakau
• Pengurusan & Pemuliharaan Biodiversiti Marin
• Planktonologi Marin
• Penyakit dan Parasitologi Organisma Marin
• Kepelbagaian Mikrob Marin