FAKULTI SAINS DAN SEKITARAN MARIN

Universiti Malaysia Terengganu

Bachelor of Science (Geoscience Marine) with Honours

PENGENALAN

Sarjana Muda Sains Geosains Marin merupakan program yang
bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas tentang proses,
struktur, dan fitur di bumi, baik di darat mahupun di laut, yang
merangkumi pelbagai disiplin seperti geologi, geomorfologi, geofizik,
geokimia, paleontologi, dan sebagainya. Ia juga mengaplikasikan
teknologi terkini dalam bidang geosains marin yang bertindak
sebagai alat untuk menguraikan dan menyelesaikan banyak
isu semasa seperti kelestarian pengunaan sumber asli dan
melindungi alam sekitar. Program ini menawarkan pendidikan
profesional dan kelayakannya sebagai batu loncatan ke dalam
dunia profesional di industri dan akademik samada awam atau
swasta, di dalam dan luar negara.

KUSUS YANG DITAWARKAN

• Asas Bumi
• Mineral dan Batuan
• Geomorfologi
• Paleontologi
• Geotektonik & Struktur
• Sains Pesisir Pantai
• Sedimentologi
• Pemetaan Geologi
• Asas Sistem Maklumat Geografi
• Pengenalan kepada
Penderiaan Jauh
• Hidrogeologi
• Geofizik Eksplorasi
• Survei dan Eksplorasi Dasar Lautan
• Geostatistik & Analisis Data Geologi
• Geologi Petroleum
• Geologi Kejuruteraan Marin
• Geologi Warisan
• Geobencana
• Paleoiklim & Perubahan Aras Laut