Sukacita dikongsikan berkenaan pelaksanaan Program Mobiliti Outbound Berkredit ke Faculty of Natural Resources, Prince of Songkla University, Hatyai, Thailand.
Program ini telah disertai oleh seramai 37 pelajar melibatkan Program Sarjana Muda Sains (Sains Marin) dengan Kepujian dan seorang pensyarah Sains Marin iaitu Mr. Yong Jaw Chuen bermula pada 16 Februari hingga 1 Mac 2025.
Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan akademik antarabangsa dan memberi pendedahan teknikal dalam bidang sains akuatik kepada para pelajar FSSM.