Sukacita dikongsikan berkenaan pelaksanaan Program Mobiliti Outbound Berkredit ke Aquatic Science and Innovative Management Division, Faculty of Natural Resources, Prince of Songkla University, Hatyai, Thailand yang disertai oleh seramai 37 pelajar melibatkan Program Sarjana Muda Sains (Sains Marin) dengan Kepujian dan seorang pensyarah Sains Marin iaitu *Mr. Yong Jaw Chuen* bermula pada *16 Februari hingga 1 Mac 2025*. Semoga program ini dapat meningkatkan keterlihatan FSSM dan UMT di persada dunia serta memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah kedua-dua institusi ini.
Terima Kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan FSSM, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pusat Antarabangsa, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik atas sokongan dan semua pihak yg terlibat dalam menjayakan program ini mobiliti ini.