MASS Undergraduate Thesis Award 2024
32nd Regional Conference of Solid State Science and Technology
Sukacita dimaklumkan bahawa dua orang pelajar Tahun 4 Program Nanofizik, Nur Jannati dan Muhammad Zulhasnan telah memenangi ‘MASS Undergraduate Thesis Award 2024’.
Manakala seorang pelajar PhD, Malia Athirah pula berjaya merangkul ‘MASS Micrograph Award 2024’ dalam majlis penganugerahan yang diadakan sempena persidangan tahunan MASS (Malaysia Solid State Science & Technology Society).
Majlis ini merupakan sebahagian daripada agenda dalam 32nd Regional Conference of Solid State Science and Technology (RCSSST) yang telah berlangsung di Hotel Grand Continental pada 17 hingga 18 September 2024.
Tahniah kepada semua pemenang!